Saturday, May 23, 2015

Sambutan Hari Guru Yayasan Takmir Pendidikan

Majlis Hari Guru Yayasan Takmir Pendidikan Negeri Perak. Ucaptama Oleh Dato' Dr Siddiq Fadil, Presiden WADAH.

Saturday, March 21, 2015

KENYATAAN BERSAMA ABIM-PKPIM-WADAH MENGENAI ISU PELAKSANAAN HUKUM HUDUD.

Rangkaian gerakan Islam ABIM-PKPIM-WADAH merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit, juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif. Isu penting dan berimplikasi besar ini seharusnya ditanggapi dan disikapi dengan rasa tanggungjawab keagamaan, amanah keilmuan, dan kesedaran kewarganegaraan sesuai dengan nilai-nilai budaya bangsa yang bertamadun dan beradab.

Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (`aqidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan.

Justeru, ia adalah bahagian daripada undang-undang jenayah (al-`uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syari`at Islam.

Demikianlah hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud harus dilihat sebagai bahagian integral daripada proses pelaksanaan syari`at (tatbiq al-shari`ah) keseluruhannya, meliputi segala bidang cakupannya.

Syari`at adalah cara hidup yang lengkap (the complete way of life) yang mengatur segala dimensi kehidupan manusia: hubungannya dengan Tuhan dan hubungannya dengan sesama manusia sebagaimana yang diperincikan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti `ibadat, munakahat, mu`amalat dan jinayat.

Dengan demikian konsep pelaksanaan syari`at harus difahami dalam pengertian luas, termasuk dimensi hukum-hakamnya, semangatnya, akhlaknya, dan maqasidnya iaitu objektif pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Malang sekali andainya pelaksanaan syari`at direduksikan menjadi hanya sekadar hukum “potong tangan” dan “rejam”.

Dalam menyikapi hukum Ilahi (termasuk hudud) umat Islam tidak mempunyai pilihan selain patuh (sami`na wa ata`na), menepati ikrar raditu bi ‘Llahi Rabban (aku redha dengan Allah sebagai Tuhan) yang berimplikasi kerelaan menerima hukum-hakam-Nya, dan pengakuan bahawa ia adalah hukum yang terbaik dan teradil. Dalam hal ini akal manusia harus tunduk kepada wahyu, menerima hukum Tuhan seadanya, bukan memandai-mandai memperlekeh dan mempersenda hukum yang telah ditanzilkan oleh Tuhan Ahkam al-hakimin sebagai hukum yang barbaric dan zalim. Manusia mukmin sebijak mana pun seharusnya menerima hakikat bahawa Tuhanlah yang Maha Tahu apa yang membawa kebaikan dan apa yang membawa keburukan (…ya`lamu al-mufsida min al-muslih). Apa yang ditentukan oleh Tuhan, itulah keadilan. Tuhan tidak berkepentingan ketika menentukan sesuatu hukum, tidak seperti manusia yang selalu membuat peraturan-peraturan yang didasari motif memelihara kepentingan diri dan kelompok.

Ternyata penerimaan terhadap syari`at (termasuk hukum hudud) sangat terkait dengan `aqidah atau iman. Justeru, memang syari`at selamanya tegak di atas asas `aqidah. Demikianlah dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan, dan kerananya al-Qur’an selalu menyebut kedua-duanya dalam bentuk gandingan: iman dan amal salih (`aqidah dan syari`ah). Dengan kata lain, tidak ada syari`at tanpa `aqidah. Berasaskan premis tersebut, bagi umat Islam persoalannya bukan lagi perlu atau tidak melaksanakan hudud. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana melaksanakannya.

Syari`at Islam adalah bersifat abadi dan universal, dan kerana itu ia sesuai dan relevan sepanjang masa dan di semua tempat, termasuk dalam masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam menolak hukum hudud. Kemajmukan adalah fenomena yang tidak asing dalam sejarah pelaksanaan hukum Islam. Sejak zaman Perlembagaan Madinah fenomena kemajmukan sudahpun wujud. Penolakan atas alasan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan `aqidah kerana ia menyiratkan anggapan kelemahan hukum Allah, yang bererti juga kelemahan Allah.

Seolah-olah Tuhan terlepas pandang tentang adanya kaum Muslimin di tengah masyarakat majmuk. Kemajmukan adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa sebagaimana hukum syari`at juga adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa. Faham Keesaan Allah berimplikasi bahawa segala ciptaan Allah terjalin dan terpadu dalam kesatuan tauhidik yang harmonis.

Hudud sebagai bahagian daripada syari`at adalah amanah Allah yang harus dilaksanakan dengan bijaksana (berhikmah) dan penuh tanggungjawab demi mencapai objektif keadilan Ilahi. Untuk itu proses pelaksanaan hukum hudud harus mematuhi kaedah-kaedah perubahan yang realistik dan strategik. Antara realiti yang harus diambil kira termasuklah hakikat bahawa pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia ketika ini diperjuangkan menerusi proses demokrasi, dan dalam kerangka perlembagaan negara. Selain itu ia juga diperjuangkan di tengah masyarakat majmuk, dan di tengah suasana wujudnya masalah al-ummiyyat al-diniyyah atau gejala “buta agama” yang cukup fenomenal.

Mengambil kira realiti tersebut, perjuangan melaksanakan syari`at harus didasarkan kepada fiqh al-awlawiyyat, perubahan yang menepati urutan keutamaan dengan mengenalpasti apa yang harus didahulukan dan apa yang perlu dikemudiankan. Perjuangan melaksanakan syari`at juga harus menepati kaedah dan pendekatan al-tadarruj, beransur-ansur, subtle dan gradual. Minda umat keseluruhannya harus dipersiapkan untuk sedia menerima perubahan (hidup dalam kawalan syari`at dan hududu ‘Llah). Para penguasa perlu dipersiapkan dengan political will, tekad politik yang kental untuk melaksanakan syari`at. Rakyat massa pula harus dipersiapkan dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran keagamaan agar siap mendukung pelaksanaan syari`at. Sesungguhnya suasana yang kondusif adalah keperluan utama menjayakan agenda perubahan. Dengan demikian pelaksanaan syari`at tidak akan berupa suatu pemaksaan ke atas masyarakat yang enggan (reluctant society) kerana jahil dan keliru.

Sementara itu mekanisme dan jentera pelaksananya juga harus dipersiapkan dengan tahap profesionalisme, kompetensi dan integriti yang tinggi. Tahap kemampuan yang sedemikian adalah syarat yang tidak boleh dikompromikan demi menjamin tercapainya objektif keadilan, mendidik serta menginsafkan penjenayah, dan lebih penting daripada itu dapat melindungi mangsa dan masyarakat seluruhnya. Memang demikianlah falsafah hukum dalam Islam, tidak seperti undang-undang rekaan manusia yang terkesan bersimpati kepada penjenayah sehingga mengabaikan tanggungjawab melindungi korban. Akibatnya jenayah berleluasa, sedang masyarakat hidup dalam ketakutan.

Ternyata pelaksanaan hudud sebagai bahagian daripada pelaksanaan syari`at bukan hanya urusan para fuqaha’ dan ahli undang-undang, tetapi urusan kolektif pelbagai pihak: penguasa, ahli politik, pentadbir, pendakwah, pendidik, ilmuwan, cendekiawan dan lain-lain. Para penguasa harus berusaha menggunakan kuasa mereka sejauh yang dimungkinkan oleh realiti tempat, masa dan kemampuan. Pendakwah dan pendidik harus berjihad membina generasi dan umat Muslim yang komited, berjiwa dan berfikrah Islamiah. Para ilmuwan dan cendekiawan harus berjuang membasmi kejahilan dan kekeliruan masyarakat tentang hakikat syari`at termasuk hukum hudud.

Masyarakat umumnya harus disedarkan bahawa perjuangan mendaulatkan syari`at tidak hanya sebatas melaksanakan hukum jenayah, tetapi mencakupi daerah yang lebih luas, meliputi segala usaha ke arah kehidupan berkualiti (hayatan tayyibah) yang penuh barakah, adil dan sejahtera, bermaruah dan berakhlak mulia. Segalanya diperjuangkan secara terpadu, seiring dan sehaluan. Hukuman hudud ke atas pencuri misalnya, harus dilaksanakan seiring dengan perjuangan meningkatkan taraf hidup rakyat dan menegakkan prinsip keadilan sosial, pemerataan kueh negara, dan seterusnya memerangi amalan pembolotan kekayaan negara oleh kaum kroni. Dengan demikian hukuman hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan setelah mengambil kira konteks sosio-ekonominya. Andainya jenayah mencuri itu berlaku dalam keadaan kecukupan dan taraf hidup yang selayaknya (reasonable), wajarlah pelakunya dihukum hudud. Memang ia tidak layak hidup dalam masyarakat manusia yang beragama dan berbudaya.

Demikianlah hakikatnya, undang-undang jenayah Islam tidak dilaksanakan secara terpisah dari syari`at keseluruhannya. Ia selamanya terkait dan terpadu dengan komponen-komponen syari`at lainnya, termasuk komponen kerohanian seperti iman, taqwa, dan nilai-nilai akhlak mulia lainnya. Dalam masyarakat pengamal syari`at secara utuh dan terpadu seperti itu tidak akan banyak kes jenayah yang berlaku. Gambaran tentang masyarakat yang penuh dengan potongan-potongan tangan yang berserakan akibat hukum hudud sebenarnya hanya imajinasi jahil dan mengada-ngada. Keadaan yang mengerikan seperti itu tidak pernah terjadi sepanjang sejarah pelaksanaan hukum hudud pada masa lalu. Dalam kaitan ini terdapat catatan bahawa sepanjang sejarah generasi Islam seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga pertengahan era Umawi) hukuman hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, sementara hukuman hudud ke atas pencuri dilaksanakan hanya empat kali sepanjang tempoh yang sama (seratus tahun).

Perjuangan mendaulatkan syari`at ketika ini terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa Islam, terutama undang-undang jenayahnya telah lama dimomokkan dengan pelbagai label negatif: kejam, barbaric dan menakutkan. Dalam kaitan inilah pentingnya usaha pemulihan citra Islam sebagai agama yang ramah dan pembawa rahmah. Islam tidak datang untuk mendera, tetapi untuk menyejahterakan (aslim taslam!). Tanggapan negatif terhadap syari`at di kalangan sebahagian umat Islam dan bukan Islam harus ditangani dengan usaha pencerahan, memberikan kefahaman menerusi pendekatan dialog yang meyakinkan dan penuh hikmah. Semua pihak, terutama warga bukan Islam seharusnya bersikap terbuka dan objektif dalam memahami dan mempersepsikan Islam. Untuk itu mereka perlu mewaspadai jebakan Islamophobia yang disebarkan oleh dalang-dalang konspirasi global.

Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, semangat toleransi antara agama harus sentiasa dipupuk dengan menyuburkan sikap saling hormat, termasuk mengakui hak umat Islam mengamalkan agamanya (`aqidah dan syari`at Islam), sebagaimana umat Islam menghormati agama lain dan mengakui hak penganut-penganutnya mengamalkan agama masing-masing. Dalam hal ini warga bukan Islam perlu memahami bahawa hak mengamalkan agama dalam konteks umat Islam adalah meliputi pengamalan hukum-hakam agama (Islam) dalam segala bidang, termasuk bidang hukum jenayah. Justeru, pelaksanaan hukum hudud di kalangan umat Islam adalah sebahagian daripada hak beragama dan hak mengamalkan agama anutan mereka. Warga bukan Islam tidak perlu merasa terganggu dengan pelaksanaan hukum tersebut kerana ia tidak melibatkan mereka dan tidak menjejaskan hak mereka untuk beramal dengan ajaran agama anutan mereka sendiri.

Sesuai dengan semangat toleransi antara agama, semua pihak harus menghentikan segala bentuk perlakuan dan pernyataan yang menghina dan mempersenda agama. Kenyataan-kenyataan sinis dan provokatif yang kadang-kadang diucap atau diungkapkan oleh media atau pemimpin masyarakat jelas tidak membina dan tidak mendidik, juga bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan bangsa yang beradab dan bertamadun.

Sekretariat Bersama,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Bangi : 05 Oktober 2011

Wednesday, July 9, 2014

Doa untuk Gaza dan seluruh umat Islam

GAZA DISERANG DI BULAN YANG SUCI !!!!!!

DOAKAN SAUDARA2 KITA DENGAN QUNUT NAZILAH.

Berikut adalah cadangan Qunut
Nazilah dengan baris yang telah di beri baris dan
ertinya, agar boleh dibaca oleh
orang ramai.
ﺍﻟﻠّﻬُﻢَّ ﺇِﻧّﺎ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻨُﻚَ ﻭَﻧُﺆﻣِﻦُ ﺑِﻚَ ،
ﻭَﻧَﺘَﻮَﻛَّﻞُ ﻋَﻠَﻴْﻚَ ﻭﻧُﺜْﻨِﻲْ ﻋَﻠَﻴْﻚَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮَ
ﻭَﻻَ ﻧَﻜْﻔُﺮُﻙَ ، ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪ ، ﻭَﻟَﻚَ
ﻧُﺼَﻠِّﻲ ﻭَﻧَﺴْﺠُﺪُ ، ﻭَﺇِﻟﻴﻚَ ﻧَﺴْﻌَﻰ
ﻭَﻧَﺤْﻔِﺪ ، ﻧَﺮْﺟُﻮ ﺭَﺣْﻤَﺘَﻚَ ﻭَﻧَﺨْﺸَﻰ
ﻋَﺬَﺍﺑَﻚ ، ﺇِﻥَّ ﻋَﺬَﺍﺑَﻚَ ﺍﻟﺠَﺪَّ ﺑِﺎﻟﻜُﻔَّﺎﺭ
ﻣُﻠْﺤِﻖ ، ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻋَﺬِّﺏِ ﺍﻟﻜَﻔَﺮَﺓَ ﻭَﺃﻫْﻞَ
ﺍﻟﻜِﺘَﺎﺏِ ﺍﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﻳَﺼُﺪُّﻭْﻥَ ﻋَﻦْ ﺳَﺒِﻴْﻠِﻚَ
Maksudnya : "Ya Allah
sesungguhnya kami memohon
pertolongan dariMU dan kami
beriman denganMu, dan kami
bertawakkal kepada Mu, dan kami
memuja Mu dengan kebaikan dan
kami tidak mengkufuriMU, Ya
Allah hanya engkau yang kami
sembah dan kepada Mu kami
menunaikan solat dan bersujud,
kepadaMu kami berusaha, kami
mengharapkan rahmatMu dan kami
takutkan azabMu, sesungguhnya
azabMu yang pedih akan dikenakan
kepada orang-orang yang kafir,
Ya Allah azablah orang-orag kafir
Ahli kitab yang menghalang-hala
ngi dari jalanMU."
ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺇِﻧَّﺎ ﻧَﺠْﻌَﻠُﻚَ ﻓِﻲ ﻧُﺤُﻮﺭِ ﺃَﻋْﺪَﺍﺋِﻨَﺎ ،
ﻭﻧَﻌُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣِﻦْ ﺷُﺮُﻭْﺭِﻫِﻢْ
ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﻣُﻨْﺰِﻝَ ﺍﻟﻜِﺘَﺎﺏِ، ﻭَﻣُﺠْﺮِﻱَ ﺍﻟﺴَّﺤَﺎﺏِ،
ﻭَﻫَﺎﺯِﻡَ ﺍﻷَﺣْﺰَﺍﺏِ، ﺍِﻫْﺰِﻡْ ﺍﻟﻴَﻬُﻮﺩَ ﺍﻟﻐَﺎﺻِﺒِﻴْﻦَ
ﺍﻟﻤﺤُﺘَﻠِّﻴْﻦَ، ﻭَﺍﻧْﺼُﺮْﻧﺎَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﺯَﻟْﺰِﻟْﻬُﻢ.
ﺍﻟﻠّﻬُﻢّ ﺑَﺪِّﺩْ ﺷَﻤْﻠَﻬُﻢ ﻭَﻓَﺮِّﻕْ ﺟَﻤْﻌَﻬُﻢْ، ﻭ
ﺷَﺘِّﺖْ ﻛَﻠِﻤَﺘَﻬُﻢ , ﺧَﺎﻟِﻒْ ﺑَﻴْﻦَ
ﻗُﻠُﻮﺑِﻬِﻢ، ، ﻭَﺯَﻟْﺰِﻝْ ﺃَﻗْﺪَﺍﻣَﻬُﻢ , ﻭَﺳَﻠِّﻂْ
ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻛَﻠْﺒﺎً ﻣِﻦْ ﻛِﻼَﺑِﻚَ ﻳﺎ ﻗﻬﺎﺭ , ﻳﺎ
ﺟﺒﺎﺭ ﻭ ﻳﺎ ﻣُﻨْﺘَﻘِﻢَ , ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃَﻧْﺰِﻝِ ﺑِﻬِﻢ
ﺑَﺄْﺳَﻚَ ﺍﻟَّﺬِﻱْ ﻻﻳُﺮَﺩُّ ﻋَﻦِ ﺍﻟﻘَﻮْﻡِ
ﺍﻟﻤُﺠْﺮِﻣِﻴﻦ.
Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
kami menjadikan-Mu sebagai
pendinding (kepada musuh2) kami,
dan kami berlindung dengan-Mu
daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan
yang menurunkan al-Kitab (al-
Quran), dan wahai yang
menjalankan awan, dan wahai
yang menghancurkan tentera al-
Ahzab, hancurkanlah Yahudi
perampas dan penjajah dan
bantulah kami ke atas mereka dan
goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah
kesempurnaan mereka, dan
pecah-belahkanlah jemaah/
kesatuan mereka, dan
gagapkanlah perkataan mereka
(melalutkan kereka), pecah
belahkanlah hati-hati mereka,
goyahkanlah pendirian mereka,
dan hantarkanlah anjing ke atas
mereka dari anjing-anjing
suruhanMu, wahai Tuhan Yang
Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan
Yang Maha Berani, wahai Tuhan
Yang Maha Berdendam, wahai
Allah tuhan kami, turunkanlah ke
atas mereka kemarahan dan
kesakitan dariMu yang tidak
mampu ditolak oleh kaum yang
berdosa.
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍُﻧْﺼُﺮِ ﺍﻟﻤُﺴْﻠِﻤِﻴْﻦَ ﻭَﺍﻟﻤُﺠَﺎﻫِﺪِﻳﻦَ
ﻋَﻠﻰْ ﺍﻟﻴَﻬُﻮﺩ.. ﺍﻟﻠّﻪﻡ ﺍﻧْﺼُﺮْﻧﺎَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ
ﻓِﻲ ﻛُﻞِّ ﻣَﻜَﺎﻥٍ ..ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺃَﺭِﻧﺎَ ﻓِﻴْﻬِﻢْ
ﻋَﺠَﺎﺋِﺐَ ﻗُﺪْﺭَﺗِﻚَ .. ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺃًﺣْﺼِﻬِﻢْ ﻋَﺪَﺩﺍً
ﻭَﺍﻗْﺘُﻠْﻬُﻢْ ﺑَﺪَﺩﺍً ﻭَﻻَ ﺗُﻐَﺎﺩِﺭْ ﻣِﻨْﻬُﻢْ
ﺃَﺣَﺪﺍً ..ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺍﺟْﻌَﻠْﻬُﻢْ ﻏَﻨِﻴْﻤَﺔً ﻟِﻠْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴْﻦ
.. ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺍﺟْﻌَﻞْ ﺳِﻼَﺣَﻬُﻢْ ﻓِﻲ ﺻُﺪُﻭْﺭِﻫِﻢْ
ﻭَﻛَﻴْﺪَﻫِﻢْ ﻓِﻲ ﻧُﺤُﻮﺭِﻫِﻢْ ﻭَﺗَﺪْﺑِﻴْﺮَﻫِﻢْ
ﺗَﺪْﻣِﻴْﺮﺍً ﻟﻬَﻢُ , ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺍْﺟْﻌَﻞْ ﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔَ
ﺗُﻌِﻴْﻦُ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ..ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺳَﺪِّﺩْ
ﺭَﻣْﻴَﻬُﻢْ .. ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺳَﺪِّﺩْ ﺭَﺻَﺎﺻَﻬُﻢْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin
dan pejuang Islam dalam
petempurannya dengan Yahudi, Ya
Allah bantulah kami untuk
mengalahkan mereka di mana-
mana sahaja, Ya Allah
tunjukkanlah kepada mereka
keajaiban kuasaMu, Ya Allah
jadikanlah mereka boleh dibilang,
dan bunuhlah mereka
sebinasanya, dan janganlah
engkau lepaskan mereka walau
seorang. Ya Allah jadikanlah
senjata dan harta mereka sebagai
harta rampasan di tangan kaum
Muslim, Ya Allah jadikanlah
senjata mereka mengenai dada
mereka sendiri, dan helah mereka
mengenai tengkuk mereka, dan
perancangan mereka penghancur
mereka sendiri, Ya Allah
jadikanlah para Malaikat
membantu kaum Muslimin, Ya
Allah tepatkanlah tembakan dan
lontaran mereka
ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺃَﻫْﻠِﻜْﻬُﻢْ ﻛَﻤَﺎ ﺃَﻫْﻠَﻜْﺖَ ﺇِﺭَﻡَ ﻭَﻋَﺎﺩ ...
ﺍﻟﻠّﻬﻢّ ﺻُﺐَّ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﺳَﻮْﻁَ ﻋَﺬَﺍﺏِ ﻓَﺈِﻧَّﻬُﻢْ
ﺃَﻓْﺴَﺪُﻭْﺍ ﻓِﻲ ﺍﻟﺒِﻼَﺩِ ﻭَﻗَﺘَﻠُﻮْﺍ ﺍﻟﻌِﺒَﺎﺩَ ,
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻧﺼُﺮْ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧَﻨﺎَ ﻓِﻲ ﻓِﻠَﺴْﻄِﻴﻦ ﻭ
ﺳﻮﺭﻳﺎ ﻭَﺍﻓﻐﺎﻧﺴﺘﺎﻥ ﻭﺍﻟﻌﺮﺍﻕ ﻭَﺟَﻤِﻴْﻊِ
ﺑِﻼَﺩِ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ
Erti : Ya Allah hancurkanlah
mereka sebagaimana engkau
menghancurkan kaum Iram dan ‘Ad ,
Ya Allah palulah mereka dengan
paluan azaz kerana mereka telah
melakukan kerosakan dalam
negara dan membunuh para
hambaMu. Ya Allah bantulah
saudara kami di Lubnan, Palestin,
Afghanistan, Iraq dan seluruh
negara umat Islam.

TOLONG SEBARKAN SEBANYAK MUNGKIN.
DOA KITA AMAT DIPERLUKAN MEREKA...!!!!!!

ABIM Sungai Siput Rai Anak Yatim

Majlis Iftar ABIM Sg. Siput di Rumah Anak Yatim Nurul Ehsan, Kg. Kelimat, Sg. Siput. 6.30 - 10.30 malam.

ABIM Kutuk Serangan Ke Atas Gaza

10 Julai 2014:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Serangan yang bermula sejak Selasa lalu telah mengorbankan 27 nyawa disamping mencederakan 130 orang yang lain. Serangan ini dilakukan oleh tentera Israel yang mahu bertindak balas atas serangan roket Hamas ke atas penempatan Israel.

Walaupun begitu, tiada nyawa orang Israel yang terkorban kerana peralatan pertahanan mereka yang canggih manakala rakyat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak yang menanggung derita daripada serangan roket dari Israel. Rejim Israel mendakwa mereka mensasarkan kem Hamas namun begitu ramai rakyat awam yang menjadi mangsa roket rejim Israel. Serangan ini datang sewaktu umat Islam sedang menjalani ibadah ramadhan.

Ternyata rejim Israel langsung tidak menghormati hak asasi manusia yang menjamin penganut agama menjalankan kewajiban agama tanpa gangguan. Malah, usaha rundingan damai antara rejim Israel dan rakyat Palestin akhirnya hancur berkecai akibat kesombongan rejim yang mahu memastikan penguasaan berterusan mereka ke atas Tebing Barat.

Konflik berdarah ini sekali lagi adalah ulangan serangan ganas rejim Israel yang sering menghukum rakyat Palestin apabila didapati seorang rakyat Israel mati walaupun perkara itu belum lagi dibuktikan adalah dibuat oleh orang Palestin. ABIM mengharap umat Islam bersatu dalam dapat mendesak masyarakat antarabangsa terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya dalam memberi tekanan ke atas rejim.

Walaupun pada masa ini kenyataan rasmi Amerika Syarikat masih lagi menyalahkan Hamas namun rakyat seluruh dunia sudah sedar akan kekejaman dan ketidakadilan rejim Israel. Rejim Israel sekarang berada pada tahap paling tidak popular pada pandangan masyarakat dunia. Satu demi satu sekutu Israel di Barat mula menjauhkan diri. Majlis Keselamatan PBB perlu bersidang segera dan mengambil tindakan atas jenayah perang Israel.

Konflik ini adalah peluang terbaik untuk menundukkan kesombongan rejim dengan mendesak mereka meruntuhkan tembok dan menghentikan sebaran pembangunan di Tebing Barat. Hak asasi rakyat Gaza juga perlu dihormati dengan membuka sempadan untuk memberi laluan bantuan makanan dan perubatan. Negara-negara Islam juga perlu sekali lagi melupakan persengketaan dengan bersatu di belakang Palestin mendapatkan tanah air mereka dari terus dijajah oleh rejim Israel.

ABIM juga menggesa umat Islam di Malaysia melakukan solat hajat dan Qiyamullail memohon pertolongan Allah ke atas rakyat Palestin dalam menghadapi serangan rejim Israel yang akan bertambah dalam beberapa hari ini. ABIM sendiri akan mengadakan solat hajat perdana pada 19 Julai ini di Masjid As-Solihin, Teras Jernang, Bangi.

Mohamad Raimi Ab Rahim, Naib Presiden, ABIM

Thursday, July 3, 2014

KENALI SIAPA UYGHUR.. DAN KENALI KERAJAAN KOMUNIS CHINA


1. Ramai yang telah berkongsi kisah masyarakat uyghur di Xinjiang yang dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi.

2. Tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Uyghur? Kalau tuan puan jumpa Uyghur di depan mata mahukah tuan puan tolong mereka?Kalau kami sedang lindungi mereka daripada kezaliman kerajaan China mahukah tuan puan bantu kami membantu mereka dari dizalimi?

3. Isu Uyghur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun, dan bukan hanya larangan berpuasa tetapi juga larangan-larangan ibadah yang lain seperti larangan memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai-bagai lagi.

4. Tahukah tuan puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada China?

5. Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina!! Mahu buktinya? Tuan puan lihat gambar di bawah ini. Tiga orang bangsa Uyghur yang kami selamatkan dan melepaskan mereka daripada sebarang pertuduhan di Mahkamah Perundangan Malaysia. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina! Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina.

6. Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama , selain wajah mereka juga hampir sama.

7. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the "new territory" iaitu wilayah baru). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.

8. Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).

9. Mulai tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.

10. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh. selain kaum wanita pula dirogol.

11. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

12. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.

13. Kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. hakikatnya lebih teruk dari Palestin.

14. Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur.

15. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih Zalim daripada kaum Zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat access media seperti facebook, Youtube dan internet.

16. Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh Zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat.

17. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

18. Oleh itu, di bulan yang mulia ini perbanyakkan doa-doa kita bagi seluruh umat agar Allah memelihara mereka dan memberikan keamanan buat mereka selain memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghadapi tekanan, cabaran dan rintangan dripada musuh-musuh Islam.

Amin Ya Allah.

Yang benar,
Mohd Khairul Anwar Ismail @ Abu Akhyar Al-Qudsi
Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya,
Exco Undang-Undang Angkatan Belia Islam Malaysia Abim Pusat

Sunday, June 29, 2014

Agihan pertama KSSB Ramadhan 1435

Agihan pertama kempen seorang sekampit beras.
Tempat: Kg Gajah & Bota.