Thursday, October 31, 2013

isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)



Oleh: Jufitri bin Joha, Naib Presiden
(Pembangunan Belia & Intelektual) ABIM

Ketika ini, sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang melibatkan Malaysia dan 10 buah Negara yang lain. Kalau dulu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersifat dua hala atau bilateral hanya di antara Malaysia dan Amerika namun sekarang ia melibatkan multi-lateral.

Selepas kegagalan mencapai kata sepakat dalam rundingan FTA, Malaysia dan Amerika kelihatan mencuba nasib semula dalam TPPA. Menyorot sekali imbas FTA di antara Malaysia dan Amerika pada 2005 adalah amat penting bagi memahami TPPA dan kesannya.

Bayangkan jika perjanjian bilateral sudah memberikan kesan yang besar kepada masa depan negara apatah lagi jika perjanjian tersebut bersifat multi-lateral yag melibatkan 11 buah Negara dan beberapa Negara maju seperti TPPA.

FTA Malaysia-Amerika adalah satu perjanjian perdagangan bagi meliberalisasikan pasaran di antara kedua-dua Negara yang berjanji. Pada ketika itu Malaysia merupakan rakan dagang ke 10 terbesar Amerika manakala Amerika rakan dagang utama Malaysia.