Saturday, January 25, 2014

HELWA ABIM Perak anjur Muslimah Anggun Syariat Terpelihara





Pada 18 Januari 2014 yang lalu bertempat di Masjid Daerah Manjung, Perak telah dilaksanakan program yang diberi nama 'Muslimah Anggun Syariat Terpelihara'.

Program bertujuan mendedahkan kepada peserta terutamanya wanita yang terdiri daripada kaum ibu dan belia tentang pentingnya menjaga syariat dan dalam masa yang sama kekal cantik dan anggun.

Program adalah anjuran HELWA ABIM Perak dan SALWA WADAH Perak dan Biro Wanita Masjid Daerah Manjung.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ucapan aluan oleh wakil daripada Biro Wanita Masjid Daerah Manjung dan juga wakil SALWA WADAH Perak.

Seterusnya bacaan al-Quran yang didendangkan oleh Ustaz Radzi bin Kamarul Hailan, Johan Tilawah Al-Quran peringkat Kebngsaan Tahun 2000.

Selanjutnya kupasan Ayat al-Quran daripada Surah An-Nur ayat 31 yang membicarakan tentang aurat wanita.

Untuk menghangatkan lagi program, Forum Muslimah Anggun Syariat Terpelihara telah diadakan di mana telah membariskan tokoh gerakan wanita iaitu Dr Farah Syazwani bt Mohamad Tarmizi, Ketua HELWA ABIM Perak, Ustazah Hjh. Kalsom bt Hj. Awang, Ketua SALWA WADAH Perak dan Pn. Adibah bt Hj. Rivai Batubara, Pen. Pengarah JAIP.

Lebih merancakkan majlis, bengkel Muslimah telah disajikan dengan segmen Ibu dan anakku anggun serta bicara anggun bersyariat.

Majlis tamat dengan pembacaan resolusi pada jam 4.30 petang.

Saturday, January 11, 2014

ABIM Perak anjur aktiviti mendaki Gunung Irau











Pada 4 Januari 2014 yang lalu, Biro Kaderisasi ABIM Perak dengan kerjasama Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) dan Palong Adventure telah menganjurkan program 'ABIM D Puncak Gunung Irau', Cameron Highland.

Proram bertujuan mengajak mereka yang berminat dengan aktiviti lasak di samping memperkenalkan ABIM di mata peminat aktiviti tersebut.

Seramai 28 org peserta menyertai program tersebut dan telah berjaya sampai puncak Gunung Irau pada jam 1.15 petang pada 5 januari 2014.

Menariknya kebanyakan peserta adalah dari kalangan wanita.

Turut hadir menyertai program adalah Sdr. Saidi Adnan, YDP ABIM Perak, Sdr. Naquib, Exco Kaderisasi ABIM Perak, dan Sdr. Ukasyah, dari KPIP.