Monday, February 17, 2014

ABIM: Tangguh Pelaksanaan PBS


Pelbagai isu melingkari pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Perubahan demi perubahan yang begitu drastik bermula dari Oktober 2013 sehingga hari ini menunjukkan wujud masalah yang serius dalam perancangan dan pelaksanaan PBS ini.

Permasalahan SPPBS yang dijangka hanya dapat diselesaikan pada April ini, adalah satu di antara berpuluh permasalahan yang perlu diselesaikan. Ia menunjukkan satu kecuaian yang besar yang menggendalakan seluruh mekanisme PBS ini.

Justeru itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut agar pelaksanaan PBS ini ditangguhkan serta merta bagi membolehkan kajian, perancangan dan persiapan infrastruktur dibuat sebaik mungkin. ABIM berpandangan bahawa PBS adalah satu lonjakan besar (giant leap) dalam sistem pendidikan negara.

Masyarakat yang telah terbiasa dengan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan perlu diberikan penerangan yang mencukupi dari segala sudut.

Saturday, February 8, 2014

KPIP bersama dalam Kempen Selamatkan Penyu

Pada 1 Februari 2014 yang lalu, Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP), Sahabat Alam Sekitar (SAM) & Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (KUASA) bersama-sama menjayakan 'Kempen Selamatkan Penyu' di Hutan Bukit Pantai Segari, Perak.

Kempen ini bertujuan menyedarkan masyarakat tentang penyu yang semakin terancam.

Menurut maklumat yang diberi, Kerajaan Negeri telah meluluskan 2 projek penindustrian di kawasan tersebut. Akibat dariapda projek itu akan memusnahkan kawasan pendaratan penyu dan juga kawasan Hutan Bukit Pantai Segari.

Program diisi dengan sesi penerangan dan pembersihan kawasan sekitar pantai.





Saturday, February 1, 2014

HELWA ABIM, SALWA Perak, PEWANI anjur Simposium Memperkasa Wanita


Dr Abd Aziz Hanafi


 Ust Nik Ismail Nik Jusoh

Ust Abdullah Din


Dr Farah, Ketua HELWA

Pada 25 Januari 2014 yang lalu, HELWA ABIM Perak, SALWA dan PEWANI  telah menganjurkan Simposium Memperkasakan wanita: Menangani Penindasan Syiah Terhadap Wanita bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tapah.

Program bermula bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.

Antara objektif program adalah untuk mendedahkan kepada wanita tentang pengetahuan bagaimana ajaran syiah boleh menggugat akidah, syariah dan akhlak wanita.

Selain itu, medan ini juga diharapkan menjadi platform perbincangan secara tuntas tentang kesan ajaran syiah kepada golongan wanita.

Program disertai hampir 280 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli NGO yang terlibat iaitu PEWANI Perak, HELWA dan SALWA Perak serta PERWITA. Siswa dan Siswi UITM juga turun menyertai program ini selain masyarakat sekitar yang terdiri daripada pelbagai organisasi dan persatuan

Simposium ini telah membariskan tokoh yang tidak asing bagi membentangkan kertas kerja berkaitan;

1. Prof Madya Dr. Abd Aziz bin Hanafi, Pensyarah Kolej Universiti Insaniah

2. Ustaz Nik Ismail bih Jusoh, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM

3. Ustaz Abdullah bin din, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Kedah.

Majlis tamat dengan solat zohor dan makan tengahari.